Rahasia Segitiga Bermuda
Segitiga Bermuda adalah satu tempat yang banyak menarik perhatian
orang seluruh dunia kerana terdapat berbagai kejadian aneh telah
berlaku disitu. Sehingga ke saat ini mister! Segitiga Bermuda itu
dianggap sebagai satu kawasan pusat ajaib di muka bumi ini.

Kerana terialu banyak kisah-kisah pelik dan ajaib berlaku disilu, maka
orang ramai tertanya-tanya, kuasa pakah.yang terdapat disitu? Ada satu
teori mengatakan di Bermuda itu terdapat satu pusat bekas Kerajaan
Atlantis. Ada sesetengah teori pula mengatakan disitu terdapat Pusat
Kerajaan Orang Halus dan Jin dan Para Siluman…… Manakah yang benar???
Segitiga Bermuda mencakupi kawasan seluas 770,000 kilometer persegi.
Kawasannya merupakan gugusan pulau-pulau yang berjumlah sebanyak 359
pulau. Pulau-pulau ini tersusun antara satu sama lain seperti untaian
manik-manik. Beberapa teluk kecil terdapat dihujung pulau-pulau itu.
Kesemua pulau-pulau ini terletak di Lautan Atlantik. Jauh pulau-pulau
ini dari Daratan Amerika kira-kira 930 kilometer. Pada tahun 1684
Kepulauan ini telah dijajah oleh Kerajaan British. Sehingga ketahun 1968
barulah Bermuda mendapat pemerintahan sendiri. Sungguhpun kesuluruhan
pulaunya sebanyak 359 tetapi hanya 60 buah pulau sahaja yang didiami
manusia, selainnya tidak dihuni. Orang yang pertama sekali mengenal
pasti tentang Misteri Segitiga Bermuda ini ialah Vincent Cadys, dialah
juga yang telah menamakan SEGITIGA BERMUDA. Beliau seorang pakar dalam
kes-kes misteri di lautan.
Daerah Segitiga Bermuda amat merbahaya untuk pelayaran laut mahupun
penerbangan di ruang udaranya. Kerana sehingga kini tidak kurang dari
100 buah kapal terbang dan kapal telah hilang di kawasan ini. Kehilangan
ini melibatkan kehilangan seramai 1000 orang yang turut hilang bersama
peristiwa itu. Kapal terbang dan kapal yang hilang di kawasan Segitiga
Bermuda ini ghaib begitu saja, tidak ada secebis serpihan pun yang
dijumpai……apakah Dajjal punya kerja atau pun kaum-kaum yang sej’enis
dengan Dajjal?
Sebahagian besar peristiwa ganjil ini terjadi dalam tahun 1945. Semua
kapal terbang atau kapal laut yang hilang di kawasan ini langsung tidak
dapat dijejaki dan dikesan langsung. lanya hilang terus tanpa sebarang
kesan atau meninggalkan korban. Selalunya jika terjadi sebarang
kemalangan di lautan atau di udara paling tidak kita akan menemui
bangkai pesawat atau kapal dan mayat orang-orang yang terkorban, atau
paling tidak pun serpihan-serpihannya. Tetapi peristiwa di Segitiga
Bermuda langsung tidak meninggalkan apa-apa. Mereka hilang begitu saja
bersama kapal dan kapal terbang.
Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan
pesawat yang akan hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tak
melihat air dan dari gejalan ini disimpulkan, di dasar laut sana tentu
terdapat sebuah medan magnetik yang kuat sekali, yang sanggup mengganggu
kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut yang dalam.
Bertambah pelik lagi kebanyakan peristiwa yang terjadi di kawasan ini
pada ketika lautan berkeadaan tenang, tidak bergelora dan cuaca pun
cukup baik. Antara peristiwa yang berlaku, sebuah kapal dari Perancis
yang bernama Rousalie yang telah melalui kawasan ini pada tahun 1940,
tiba-tiba kapal ini menjadi kosong, tiada seorang pun di dalamnya,
sedangkan kapal itu berada di dalam keadaan baik dan segala muatan di
dalamnya langsung tidak berusik.
Dalam tahun 1949 sebuah kapal layar Belanda bernama HERMINEA juga
telah dijumpai dalam keadaan dilanda oleh ombak besar kerana layarnya
sudah tiada, apabila diperiksa oleh pengawal pantai, didapati tidak ada
seorang pun di dalam kapal tersebut. Seolah-olah semua penumpang telah
meninggalkan kapal tersebut. Bertambah pelik lagi, kapal tersebut
mempunyai pelampung dalam sebuah peti dan juga barang-barang lain yang
tersimpan dengan rapi.
Dalam tahun 1921 dalam bulan Januari sebuah kapal bernama Carol Darling
yang mendekati pantai Caroline Utara, didapati tidak ada seorang pun di
dalamnya, kecuali dua ekor kucing. Sementara 12 orang anak kapalnya
hilang lenyap tanpa dapat dijejaki. Tetapi pelampung keselamatannya
telah tiada. Seolah-olah menunjukkan anak-anak kapal itu telah
meninggalkan kapal itu begitu saja. Seluruh enjin dan mesin kapal itu
masih berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Yang sangat menarik dalam
peristiwa ini ialah di kapal itu terdapat meja makan dengan sisa-sisa
makanan yang masih belum diangkat. Nampak seperti sesuatu telah terjadi
dengan tiba-tiba ketika mereka sedang makan. Dalam tahun 1972, seorang
nelayan bernama Hary Selatzeky telah hilang di kawasan ini.
Pada 23hb. Mach 1973, sebuah kapal besar bernama ANITA milik Kerajaan
Amerika Syarikat yang bermuatan 20,000 tan telah hilang ghaib di
kawasan ini.
Mungkinkah peristiwa-peristiwa ini disebabkan oleh sistem navigasi
yang disebabkan oleh kuasa atau tenaga kristal matahari yang dahuiunya
dikatakan kepunyaan bangsa Atlantis?
Jika benar kuasa tenaga kristal matah ari itu betul-betul ada, ia memang
dapat mengganggu petunjuk kompas kapal terbang atau pun kapal dan dapat
mewujudkan satu ilusi pemandangan di udara tetapi tidak mungkin tenaga
kristal matahari itu dapat melengapkan kapal berserta anak-anak kapal
untuk selama-lamanya.
Atau mungkinkah peristiwa tersebut diakibatkan oleh suatu sedut Betul
kah kawasan itu kawasan kampung halaman Jin. Mereka tidak suka tempatnya
diganggu!!!
intimagnet alam yang menyebabkan kapal terbang atau kapal tersebut
berpindahke suatu tempat dan waktu yang berbeza? Yang peliknya tidak
semua peristiwa kapal atau kapal terbang lenyap bersama-sama orangnya
Kadang-kadang hanya penumpangnya saja hilang, sedangkan kapal ditemui
semula dalam keadaan yang sempurna terapung-apung di tengah-tengah
lautan Atlantik, kadang-kadang manusia disebut dan kapalnya tidak. Tidak
pula terjadi, kapalnya saja yang disebut dan orangnya tidak.Para
pengkaji di Rusia membuat satu teori iaitu, kawasan Segitiga Bermuda ini
merupakan kawasan hantu, iaitu Istana Hantu Siluman.
Dalam satu pertemuan dengan Jin Muslim dikatakan Singgsahsana
Kerajaan Iblis terbesar terletak di kawasan Segitiga Bermuda itu. Lautan
merupakan kawasan yang banyak makhluk-makhluk halus. Kalau begitu,
untuk apa iblis berserta anak buahnya dari golongan jin tersebut
menangkap anak-anak kapal tersebut?
Mengikut kata Jin Muslim, mereka dijadikan korban untuk Iblis atau
dijadikan budak-budak iblis. Mungkin penangkapan itu dilakukan kerana
iblis menganggap siapa saja yang memasuki kawasan itu bererti telah
mengganggu kekuasaannya. Kecuali jika Iblis merestui dan restu Iblis ini
boleh diberikan jika mereka yang ingin melalui kawasan tersebut memohon
dengan menyembahnya atau mengadakan sejenis upacara sebagai tanda
perjanjian.
Mengapa pula kapal terbang dan kapal juga dirampasnya? Orang-orang
yang hilang ghaib di kawasan itu telah digunakan oleh Jin Syaitan
sebagai hamba mereka.. Memang sudah menjadi perangai syaitan dan iblis,
suka membuat manusia susah dan keliru. Dikatakan kapal terbang dan kapal
yang lenyap itu telah disimpan oleh para iblis di satu tempat yang
tertentu di dasar lautan yang tidak pernah disentuh oleh manusia.
Kapal-kapal itu ditutup dengan sinar ghaib tertentu atau dikelilingi
oleh ribuan syaitan sehingga tidak dapat dilihatoleh mata kasar manusia.
Sememangnya iblis mampu mengaburkan mata manusia. Kemampuan jin iblis
dan syaitan ini memang bermacam-macam. Kita pernah dengar seseorang yang
masuk hutan, kemudian tersesat kerana terjumpa satu kawasan yang cantik
dan indah seperti istana ketika di dalam hutan, padahal dia
berpusing-pusing berjalan di tempat yang sama saja. Itu juga sebahagian
dari kerja Syaitan.
Iblis berserta kumpulan sejenisnya seperti Jin, Syaitan dan hantu
juga mampu menggerak dan memindahkan benda-benda dan manusia. Misalnya
rumah berhantu yang dilihat kerusi dan mejanya bergerak-gerak ke sana
kemari. Satu peristiwa di zaman Nabi Sulaiman, di mana Nabi Sulaiman
meminta pembanlunya memindahkan kursi singgahsana Ratu Bilqis, ketika
itu Jin Afrit mengatakan dia sanggup memindahkannya dengan cepat sebelum
sempat Nabi Sulaiman berdiri dari duduknya. Makhluk halus ini juga
sanggup mengawal dan mengacau fikiran manusia, mereka sanggup membuat
orang jadi gila.
Dajjal adalah keturunan orang Yaman, dia hidup di negeri Yaman dan
mendapat pendidikan dan bimbingan dari berbagai ulamanya. Ada pula
kenyataan menyatakan dia keturunan Samirah. Bagaimana pun Yaman dan
Samirah berada di Syam (Syria). Dalam riwayat Shahih Muslim, Tamim ad
Dari pernah melihat Dajjal. Dia sendiri melihat tubuh badan Dajjal yang
utuh, ia dalam keadaan yang disertai oleh syaitan atau tidak disertai
oleh syaitan.
Imam ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Dajjal bukanlah manusia, melainkan
syaitan yang diikat dengan tujuh puluh ikatan berupa lingkaran yang ada
dan hidup disebahagian jazirah Yaman. Dalam riwayat Imam Abu Dawud,
bahawa Dajjal ini pula dikehali pada zaman Nabi Muhammad dengan nama Ibn
Shayyad. Tetapi setelah diteliti segala maklumat dengan cara terperinci
didapati bahawa Dajjal yang terdapat dalam keterangan riwayat Tamim ad
Dari adalah Dajjal yang sebenarnya, di mana dia terikat dan cacat mata
sebelah kanannya , sebagaimana yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam
Muslim. Sementara Ibn Shayyad itu adalah syaitan yang menampakkan diri
sebagai Dajjal pada masa itu sesuai dengan takdir Allah.
Ajal Dajjal yang dilaknat Allah itu telah dltangguhkan sampai satu
masa yang ditentukan Allah dan tidak diingkari oleh Nya. Imam atTurmudzi
menyebut dalam sebuah riwayat dari Nabi Muhammad mengenai munculnya
Dajjal ke dunia,”dia akan diikuti oleh beberapa kaum berwajah
seolah-olah mereka tak tahu malu dan seperti habisdipukuli.”
Dengan memerhati dan merenungkan amanat paling besar yang diberikan
kepada jin dan manusia, yakni Al Quran, dapatlah disimpulkan bahawa
Dajjal itu betul— betul ada. Dan Dajjal disebutkan secara tenstual di
dalam Al Quran.
Sumber : oleh amecassie pada November 7, 2008.